KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) meminta semua bakal haji musim 1444H/2023M untuk segera menjawab surat tawaran haji yang dikeluarkan kepada 31,600 jemaah bermula 22 Mac lalu.
Pengarah Eksekutif (Haji) TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata bakal haji tahun ini perlu memberikan jawapan sama ada setuju atau tidak, dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh surat berkenaan dikeluarkan.
"Bakal jemaah haji boleh melayari www.thijari.com.my dan memuat turun aplikasi ThiJARI untuk menyemak serta menjawab tawaran haji yang telah dikeluarkan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Dalam masa yang sama, Syed Salleh berkata semua bakal haji terpilih perlu mencukupkan wang dalam akaun Tabung Haji mengikut bayaran haji yang tertera dalam surat tawaran.
Selain itu, bakal jemaah haji juga katanua perlu mendapatkan Buku Rekod Rawatan di mana-mana cawangan Tabung Haji berhampiran bagi membolehkan pemeriksaan kesihatan dilakukan.
“Pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan di hospital ataupun klinik-klinik kerajaan dan swasta yang diiktiraf Kementerian Kesihatan (KKM) dan semua bakal haji diwajibkan lulus pemeriksaan kesihatan bagi memperolehi visa haji sebagaimana yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.
“Setelah selesai pemeriksaan kesihatan, semua bakal haji diminta untuk menghantar jawapan surat tawaran haji, buku rekod rawatan dan pasport antarabangsa ke mana-mana pejabat cawangan TH yang berhampiran," tambah Syed Saleh.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan TH, sila layari www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.
Hasimi Muhamad
Sun Mar 26 2023
Semua bakal haji terpilih perlu mencukupkan wang dalam akaun Tabung Haji mengikut bayaran haji yang tertera dalam surat tawaran. - Gambar fail
FAM perlukan lagi sokongan kerajaan - Hamidin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata badan induk itu memerlukan lagi sokongan daripada kerajaan terutama dalam memajukan bola sepak negara.
Lebih RM200 juta naik taraf fasiliti sukan menjelang SUKMA 2024
Lebih RM200 juta telah digunakan untuk menaik taraf fasiliti sukan di Sarawak, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menjelang penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 Sarawak 2024.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Warisan belum buat keputusan jalin kerjasama, kukuhkan parti
Warisan masih belum membuat sebarang keputusan untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana parti nasional dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
17,500 hektar kawasan baharu sawah padi diperlukan
Sarawak perlukan sejumlah 17,500 hektar kawasan baharu dilengkapi infrastruktur penghasilan padi bagi mengeluarkan 392 ribu tan metrik padu untuk mencapai 100 peratus Tahap Sara Diri (SSL) negeri itu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Pasaran hartanah Malaysia dalam usaha pemulihan - Kor Ming
Pasaran hartanah Malaysia dalam usaha menuju pemulihan yang dibuktikan dengan peningkatan jumlah dan nilai urus niaga hartanah pada tahun lepas serta pertumbuhan ekonomi yang stabil.
Terbabas ke bahu jalan, pemandu lori simen maut
Seorang lelaki maut selepas lori simen dipandunya hilang kawalan dan terbalik di bahu jalan di kawasan Loji Cinta Mata, di Jalan Table, Tawau pada Selasa.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kementerian Perpaduan Negara peruntuk RM20 juta perkasa Rukun Tetangga
Kementerian Perpaduan Negara memperuntukkan RM20 juta bagi memperkasakan Rukun Tetangga (RT) menerusi Inisiatif Pemerkasaan RT Sebagai Penggerak Komuniti Progresif yang dilancarkan hari ini.
Haram, berdosa tunai haji tanpa visa haji
Islam menetapkan kepentingan untuk taat kepada Allah, Rasul dan pemimpin atau peraturan dalam melakukan sesuatu perkara.
Mahkamah Tinggi batal saman Halim Saad terhadap Tun Mahathir, kerajaan
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Dr Mahathir dan dua lagi untuk membatalkan saman taikun Tan Sri Halim Saad.
Anwar tegaskan tidak kepada kasino kedua di Malaysia
Beliau berkata Malaysia kini menumpukan sektor transformasi digital, peralihan tenaga serta kecerdasan buatan (AI).
683 jemaah Melaka terima tawaran tunai haji tahun ini
Seramai 683 daripada 1,000 bakal jemaah haji dari Melaka telah mengesahkan menerima tawaran untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu, tahun ini.
Haji: Jemaah yang masih keliru dan tak sempat kursus akan terus dibimbing
Jemaah yang masih keliru dengan ibadah haji dan penerima tawaran saat akhir, tanpa sempat menghadiri kursus persediaan, tidak perlu gusar kerana akan tetap dibimbing dengan baik.
TH Johor gerakkan pasukan cari baki 20 peratus penerima tawaran panggilan haji
Tabung Haji (TH) Johor akan menggerakkan dua pasukan bagi mencari baki 20 peratus penerima terpilih tawaran panggilan haji tahun ini.
Berhati-hati dengan tawaran pakej haji 2022 - Tabung Haji
Kerajaan Malaysia dan TH masih lagi menunggu pengumuman rasmi berhubung urusan haji bagi musim haji 2022 daripada kerajaan Arab Saudi.